Isnin, 27 April 2009

Aktiviti.







SAMBUTAN MAULIDURRASUL S.A.W TAHUN 2009M/ 1430H.

Pada 25hb April 2009 sambutan MaulidurRasul di adakan bagi meraikan anak-anak yang tidak dapat bersama pada hari sebelumnya. Antara acara yang telah diatu ialah:

1. Perarakan.
2. Pemeriksaan kesihatan percuma oleh anggota Poliklinik Larkin.
3. Ceramah Motivasi.

Majlis berakhir lepas sembahyang Zohor berjemaah di Surau.

Aktiviti

FORUM PERDANA MAULIDURRASUL S.A.W TAHUN 2009M/1430H.

Pada 24 & 25hb April lepas Cawangan dengan kerjasama AJK Surau An Nur Taman Larkin Perdana dan Ahli Jawatakuasa Penduduk Taman Larkin Perdana 3 ( LA21) MBJB telah mengadakan Forum Perdana MaulidurRasul 2009M / 1430 H.

Ahli Penal ialah:-

1. Ustaz Syahrin bin Md Jamaludin. ( Pengerusi ).
2. Dr Syarifah Hayati bin Syed Ismail ( Ahli Panel).
3. Ustaz Badli shah Alauddin ( Ahli Panel ).

Kehadiran dianggarkan seramai 500 orang.

Forum ini juga telah disiarkan secara langsung melalui siaran radio internet fuhyoofm dan difahamkan telah dilayari di seluruh negara pada masa forum berlangsung. Siaran ini juga boleh dilayari melalui laman www.fuhyoofm.com.

Ahli Panel telah mengupas tajuk yang diberikan iaitu " As Sunnah menjana perpaduan Ummah" dengan jayanya.

Kami sebagai penganjur mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut. Kepada Ahli Panel terima kasih daun keladi.

Nama dan sejarah Cawangan

Nama Cawangan Dewata di gunakan sempena nama sebatang jalan yang merupakan laluan utama antara Larkin ke Kampung Melayu. Penempatan asal cawangan ialah di sepanjang jalan tersebut. Bagi memudahkan kepada pengunjung yang ingin datang nama jalan tersebut difikirkan sesuai untuk dinamakan cawangan ini. Sekarang jalan tersebut telah ditukar pula keapada Jalan Dato’ Mohd Said.

Cawangan ditubuhkan pada tahun 1980 dengan ahli seramai 323 orang pada masa kini.Penggerakan utama dalam penubuhannya ialah Tn Haji Mohamad bin Alim. yang Kebanyakan ahli masih aktif dalam program kemasyarakatan dan kerja-kerja parti sehingga kehari ini.

Sekarang penempatan kampung telah menjadi rumah pangsa dan kedai pejabat bernama Taman Larkin Perdana berikutan perubahan masa.

Khamis, 23 April 2009

Salam perkenalan

Blog ini untuk tatapan umum..

Tunggukan seterusnya.