Ahad, 31 Mei 2009

TAHNIAH KEPADA PARA PENGUNDI PENANTI.

Ucapan tahniah ini patut diucapkan kepada para pengundi Penanti bukannya kepada PR kerana telah berjaya membuat protes yang jelas kepada pakatan pembangkang. Mereka juga berjaya memberikan isyarat dimana mereka tidak mudah di permainkan dengan politik yang kotor iaitu matlamat tidak menghalalkan cara. Ini jelas daripada keputusan pilihanraya kecil Penanti walaupun kemenangan berpihak kepada PKR tetapi peratus yang keluar mengundi tak sampai separuh ( 46.1% ) sahaja.

Persolannya kemana pergi pengundi yang lain-lain kalau dibangdingkan dengan peratusan pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka merosot dengan ketara, daripada 12,657 orang atau 82.08 peratus pada Mac 2008 kepada hanya 7,100 atau 46.15 peratus kali ini. Ini jelas yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap. PR juga tidak boleh mendabik dada yang mereka telah mendapat sokongan yang besar di Penanti dengan mengambil kira jumlah undi yang diperolehi oleh calun-calun bebas iaitu 942.

Menang atau kalah itu bukan persoalan tetapi yang harus dilihat ialah peratusan yang keluar mengundi untuk dikaji sokongan masyarakat terhadap semua pihak samada di sebelah PKR mahupun BN. Saya yakin jika pilihanraya kecil terpaksa diadakan sekali lagi dengan faktor yang serupa, semua pihak sudah boleh menduga keputusannya, dan yang penting amalan demokrasi janganlah di salah guna untuk medan mencari pengaruh dan kuasa yang melulu. Perlu di ingat kuasa penentu yang utama adalah rakyat yang mengundi. Syabas kepada para pengundi Penanti.

Jumaat, 29 Mei 2009

INFO

Info sekadar kita kongsi bersama.
Jika dihimpunkan kesemua orang, minyak dan gas di seluruh planet bumi ini, ia hanya mampu untuk mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
Matahari berputar sepantas 225 kilometer seminit tetapi ia mangambil masa selama 230 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan orbitnya di dalam galaksi.
Setiap bintang akan selesai mengelilingi galaksi Bima Sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih daripada itu.

Khamis, 28 Mei 2009

SEMBANG JUMAAT

UCAPKANLAH!!!
Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar!!

Apabila kita berzikir, mengulangi kalimat-kalimat memuji Allah seperti Subhanallah, Alhamdulilah dan Allahuakbar secara automatic beberapa kawasan otak yang terlibat semakin aktif.

Keadaan ini disebabkan berlakunya aliran bioelektrik di kawasan saraf otak terlibat.apabila kalimat-kalimat zikir ini disebut berulang kali aktif saraf ini menjadi bertambah aktif sekaligus menambah tenaga bioelektrik.

Lama-kelamaan sekumpulan 14 juta saraf yang membentuk otak kita saling mempengaruhi sekumpulan 16 juta saraf tubuh supaya turut aktif dan saling berinteraksi.

Pada masa yang sama, semasa berzikir otak kita menjadi aktif secara keseluruhan disebabkan semua aktiviti zikir yang kita lakukan tadi natijah daripada aliran interaksi bioelektrik yang tidak terbatas ini.

Justeru otak mereka yang selalu berzikir terdorong memahami perkara baru.

Mampu melihat dari sudut perspektif berbeza semakin kreatif dan kritis.Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati kita untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal membuktikan otak mampu bertindak balas apabila diulang-ulangi perkataan yang sama.

Dalam satu ujian imbasan mengukur kadar aktiviti otak manusia di Universiti Washington, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan tersebut dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan kerja mereka, imbasan di beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan perningkatan aktiviti saraf, termasuk dibahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada sukarelawan, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, memuji-muji nama Allah, terbuktikan meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Penemuan menakjubkan ini dimuatkan dalam majalah Scientific American pada tahun 1993.Tatkala, saintis barat menemui keajaiban ini, kita umat islam telah lama mengamalkannya dan mendapat manfaatnya.

Sedihnya, masih ramai umat islam yang masih memandang rendah dan mengabaikan kepentingan berzikir sebaliknya suka menyanyi dan berhibur.

Benarlah firman Allah yang bermaksud:

“ Maka ingatlah kepada aku, supaya aku pula ingat kepadamu.”
( Surah Al-Baqarah ayat 152)

JANGAN BENARKAN CHIN PENG BALIK.

Saya salah seorang generasi kedua selepas era komunis di negara kita. Disini saya menyokong penuh pendirian Perdana Menteri tidak membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) pulang ke Malaysia kerana tidak sanggup melihat orang yang telah melakukan terlalu banyak kekejaman dan menimbulkan masalah kepada rakyat pada masa lampau.
Selain anggota pasukan keselamatan yang terlalu banyak menanggung kesusahan rakyat jelata juga pada masa itu tidak terlepas daripada ancaman dan keganasan PKM ini, terlalu banyak nyawa yang terkorban. Pada saya tiada apa-apa sumbangan daripada kegiatan komunis kerana ia banyak menyebabkan kehilangan nyawa selain ideologi perjuangannya yang tidak dapat diterima rakyat.
Pendapat yang mengatakan atas alasan kemanusiaan tidak boleh diterima langsung kalau kita lihat daripada aspek yang lebih luas.

Selasa, 26 Mei 2009

RENUNGAN

kepada saudara-saudaraku orang-orang islam di seluruh negara amatilah nasihat ini dengan baik agar tindakkan kita tidak menjejaskan akidah dan juga kita semua tidak alpa kerana terlalu asyik mengejar keseronokan dunia yang sekejap.
MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau yang kini berada di Lampeter, United Kingdom melalui kiriman emelnya kepada mStar Online berkata, walaupun tindakan mogok lapar itu dikatakan untuk tujuan yang baik, ia tetap ditolak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 'mogok lapar' yang diadakan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak selama 72 jam bermula semalam yang didakwa mereka bertujuan untuk menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak mengundi dikembalikan kepada rakyat.
Mengulas lanjut mengenai hukum bagi seorang Muslim yang menyertai mogok lapar, Dr Mohd Asri berkata:
"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.
"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.
"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.
"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.
"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.
"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.
"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.
"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.

Isnin, 25 Mei 2009

CAKAP BESAR PAKATAN PEMBANGKANG.

Kita telah baca dalam berita yang mengatakan dalam PRU ke 13 nanti PR akan tawan 3 lagi negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Pada pendapat saya janganlah nak berangan -angan untuk merampas kawasan orang lain apa yang penting jagalah dulu kawasan sendiri. Banyak juga rungutan dari kawasan yang diwakili oleh YB Datuk Dr Hassan Ali mengenai prestasi kerja beliau, Begitu juga prestasi kerja sebagai anggota EXCO kerajaan negeri Selangor.
Jika pilihanraya kecil yang telah berlaku diambil kira sebagai pengukur kejayaan PR adalah silap kerana suasana dan faktor sekeliling masa pilihanraya kecil jauh berbeza daripada pilihanraya umum nanti. Disini rakyat akan menilai banyak perkara-perkara yang lebih pokok daripada keadaan sekarang. Pertama apakah PR telah berjaya dalam membawa perubahan yang mereka harapkan selama ini, nampaknya lebih buruk daripada keadaan sebelumnya. Kedua adakah PR telah memenohi janji-janji piliharayanya.
Berbanding dengan BN telah terbukti dan teruji sebagai sebuah kerajaan sentiasa mengambil berat masalah rakyat.
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.

Ahad, 24 Mei 2009

APA ORANG KATA.

Krisis politik Perak sudah hampir kemuncaknya hanya tinggal proses rayuan di Mahkamah Persekutuan sahaja itu pun kalau pihak pembangkang membuat rayuan. Menurut berita yang tersebar rayuan tetap akan di buat tetapi dalam masa yang sama berbagai berita dan kecaman telah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin di pihak pembangkang. Berita-berita ini tetap akan kedengaran bila tidaklah diketahui.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebagai mengecewakan.

Malah, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, keputusan tersebut memperlihatkan kepada rakyat bahawa badan kehakiman negara telah 'hancur' dan perlu diperbetulkan.
Katanya, apabila isu di Perak diserahkan kepada mahkamah untuk dibuat keputusan, penghakiman telah dibuat mengikut selera politik dan arahan.
"Saya melihat keputusan itu sebagai menghancurkan institusi penting negara kita iaitu badan kehakiman apabila demokrasi di negara ini sudah tidak lagi berkesan.
"Oleh itu, apabila ada masalah, kita perlu menyerahkannya kepada rakyat Perak. Saya tidak faham, apa kesalahan besar yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin," katanya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak bermoral dan bertamadun kerana menguasai Perak melalui cara tidak terhormat.

Beliau turut menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai 'Menteri Besar mahkamah' dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak.
"Kenapa pakatan pembangkang yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui undi, tetapi dirampas oleh UMNO dan BN secara melarikan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyokong mereka," katanya.

Saya turunkan disini beberapa kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang berkenaan krisis di Perak. Persoalannya kenapa bila keputusan kali ini yang tidak memihak kepada mereka baru cakap-cakap ini kita dengar, kenapa keputusan sebelum ini yang memihak kepada mereka nada berbentuk berbagai pujian di keluarkan.

Di sini saya menyerulah kepada semua pembaca dan rakyat Malaysia marilah kita sama-sama membuat penilaian tentang pendirian Pakatan Rakyat yang di gembar gemburkan dengan slogan “keadilan untuk semua dan ketelusan” kepada semua. Tidak mustahil bila berkuasa nanti lain pula nada yang dicanangkan. Kita sama-sama menilai dan berhati-hati dengan tektik mereka yang licik ini agar kita tidak terpengaruh dan terikut-ikut rentak putar alam ini.

Apa yang saya nampak macam zaman kita kecil-kecil dululah bila bermain getah kita dah tahu tidak boleh menang sengaja kita buat “ ngelat “. Bila sah kita kalah mulalah tuduh lawan kita main “ ngelat” dan bubarkan permainan tersebut. Bila menang kita lah yang paling baik dan paling bijak. Rupa-rupanya tektik permainan ini berulang pada hari ini tetapi didalam mencari pengaruh dan kuasa.

Jumaat, 22 Mei 2009

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DAN CHIKUNGUNYA

1
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA
DEMAM DENGGI DAN CHIKUNGUNYA DI MALAYSIA
Bagi Minggu ke 18 Tahun 2009 (3 – 9 Mei 2009)
Sejumlah 874 kes denggi dengan 5 kematian iaitu 4 kes di
Selangor dan 1 kes di WPKL & Putrajaya yang telah dilaporkan pada
minggu 18 (3 - 9 Mei 2009) berbanding dengan 870 kes pada minggu
sebelumnya, berlaku peningkatan sebanyak 4 kes. Jumlah terkumpul
kes tahun 2009 ialah 19,275 dengan 48 kematian berbanding 13,891
kes dengan 33 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2008.
Untuk makluman terdapat 7 buah negeri yang menunjukkan
peningkatan kes pada minggu 18 tahun 2009, iaitu Kedah 9(90%) kes,
Kelantan 8(47%) kes, Johor 23(39%)kes, P/Pinang 22(32%)kes,
WPKL & Putrajaya 20(27%)kes, Melaka 3 (27%)kes dan Perak
13(22%)kes. Lain-lain negeri menunjukkan penurunan kes. Data
tentang kes dan kematian boleh diperolehi daripada lampiran A yang
sertakan.
Sehingga 9 Mei 2009 terdapat 63 lokaliti `hot spot’ di mana
57 lokaliti daripada Negeri Selangor , 4 lokaliti daripada WPKL &
Putrajaya dan 2 lokaliti daripada Johor. Penglibatan pendudukpenduduk
di kawasan `hot spot’ ini untuk bersama mengambil
bahagian aktif dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi
terutamanya aktiviti-aktiviti menjaga kebersihan dan menghapuskan
tempat pembaikan nyamuk
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel :603-88832545
Faks :603-88895542
E-mail :ismailmerican@moh.gov.my
2
Aedes sangat diperlukan. Rujukan lokaliti “ hot spot ”,” hot spot ” baru
dan “ hot spot “ bebas, boleh didapati dilampiran C,D dan E.
Premis rumah kediaman/kedai masih lagi menjadi tempat
positif pembiakan Aedes iaitu 71%. Pembiakan Aedes yang tinggi
juga ditemui di kawasan kilang 19%, kawasan perkuburan 17%,
pembahagi jalan 17% dan tapak binaan 14%. Ini menunjukkan
sebilangan besar masyarakat masih lagi tidak prihatin tentang bahaya
pembiakan Aedes di rumah dan sekitar kawasan kediaman mereka.
Prestasi aktiviti gotong-royong tidak mencapai sasaran yang
ditetapkan kerana penyertaan masyarakat yang kurang memuaskan.
Hanya 53(70%) aktiviti gotong-royong yang dapat dijalankan
walaupun sebanyak 76 aktiviti disasarkan sepanjang minggu lepas.
Tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik premis yang
didapati membiak Aedes dan menyimpan takungan berpotensi bagi
pembiakan Aedes di premis telah dijalankan, dimana sejumlah 579
kompaun bernilai RM68,850.00 dan 201 notis arahan pembersihan
telah dikeluarkan di seluruh negara.
Pemantauan kes Chikungunya menunjukkan peningkatan
sebanyak 15(21%) kes , dimana pada minggu ini sebanyak 96 kes
dilaporkan di seluruh negara berbanding 71 kes pada minggu
sebelumnya.Terdapat lima buah negeri yang mencatatkan
peningkatan kes iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, WPKL &
Putrajaya dan Sarawak . Jumlah terkumpul kes Chikungunya
sehingga 9 Mei , 2009 adalah 1,609 kes dan tiada kematian. Terdapat
tiga lokaliti wabak baru iaitu di Kg Baru Pokok Sena Kedah, Taman
Tenaga Jalan Puchong Selangor dan Kg Che Dah Pasir Mas
3
Kelantan. Bilangan kes yang dilaporkan mengikut negeri adalah
seperti dalam Lampiran B.
Penyakit demam denggi dan Chikungunya merupakan
penyakit yang mudah merebak melalui gigitan nyamuk Aedes, tetapi
sebenarnya penularan penyakit ini boleh dicegah melalui kerjasama
semua pihak yang terlibat terutamanya anggota masyarakat. Berikut
adalah langkah bijak yang boleh diambil bagi mengelakkan kita
daripada dijangkiti demam denggi atau Chikungunya iaitu melalui
penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
a. Nyamuk Aedes membiak dalam takungan air jernih di luar
ataupun di dalam rumah.Oleh itu luangkan masa 10 minit
untuk membuang atau menghapuskan semua bekas
terutama yang boleh menakung air; seperti tayar, bekas
tong cat, bahan plastik, kaca atau tin ke dalam tong
sampah.Basuh dan gosok semua alas pasu bunga dan
bekas jambangan bunga bagi menanggalkan telur Aedes
yang melekat seminggu sekali.
b. Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) di dalam
bekas air yang tidak digunakan lebih dari seminggu seperti
kolah mandi, sistem tandas, tangki utama dan lain-lain.
c. Demam denggi boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan boleh
menyebabkan kematian. Dapatkan rawatan segera apabila
anda mengalami tanda penyakit demam denggi contohnya,
demam, sakit-sakit badan, sakit kepala, ruam dan lain-lain di
klinik berhampiran, ingatlah dengan melindungi keluarga,
anda juga melindungi masyarakat dari jangkitan denggi.
d. Orang awam adalah digalakkan mengambil bahagian aktif
dalam aktiviti gotong-royong menghapuskan tempat
pembiakan nyamuk aedes. Tiada Aedes, tiada denggi.
e. Maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang(web)
Kementerian Kesihatan di http://www.moh.gov.my
TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 11 Mei 2009
4
Lampiran A
KES DENGGI DILAPORKAN PADA MINGGU 18/2009
( 3 – 9 Mei 2009 )
Bil
Negeri
Jumlah Kes
Jumlah Kes
Sehingga
9 Mei 2009
Jumlah Kes
Bagi Tempoh
Sama 2008
Minggu 18/09
(3 - 9 Mei)
Minggu 17/09
(26 April - 2
Mei)
1. Perlis 4 9 77 51
2. Kedah 19 10 387 420
3. P. Pinang 91 69 1,139 587
4. Perak 71 58 1,583 1,487(1)
5. Selangor 390 (4) 455 (2) 10,168 (34) 5,477(14)
6. WPKL & Putrajaya 95 (1) 75 1,693 (6) 1,646(3)
7. N. Sembilan 18 23 374 (4) 409
8. Melaka 14 11 250 213
9. Johor 82 59 1,120 (2) 1,041(6)
10. Pahang 10 10 357 (1) 486
11. Terengganu 18 26 467 648(2)
12. Kelantan 25 17 560 489(5)
13. Sarawak 22 25 688 508
14. Sabah 15 23 394 (1) 406(2)
15. WP Labuan 0 0 18 23
Jumlah 874 (5) 870 (2) 19,275 (48) 13,891(33)
Nota:
( ) Kematian
5
Lampiran B
JUMLAH KES CHIKUNGUNYA YANG
DILAPORKAN PADA MINGGU EPID 18 DAN 17 BAGI TAHUN 2009
Bil Negeri
Bilangan Kes
Jumlah
Terkumpul
Minggu 1-18
Tahun 2009
Jumlah Kes
bagi tahun
Minggu 18 2008
(3 – 9 Mei 09)
Minggu 17
( 26 April - 2
Mei 09 )
1 Perlis 0 1 18 3
2 Kedah 4 0 38 181
3 Pulau Pinang 7 2 77 6
4 Perak 1 14 285 590
5 Selangor 33 8 334 353
6 WP KL & Putrajaya 2 1 74 27
7 Negeri Sembilan 0 2 29 176
8 Melaka 0 0 0 606
9 Johor 0 0 120 1,846
10 Pahang 1 1 60 341
11 Terengganu 0 2 38 4
12 Kelantan 12 15 314 135
13 Sarawak 36 25 222 3
14 Sabah 0 0 0 0
15 WP Labuan 0 0 0 0
MALAYSIA 96 71 1,609 4,271
Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
11 MEI 2009
6
LAMPIRAN C
SENARAI LOKALITI “HOT SPOT” SEHINGGA 09 MEI 2009 (Mg 18)
Bil
Negeri
Daerah/Zon/PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tempoh
Wabak
Berlaku
(Hari)
1 SELANGOR PETALING Seksyen 18 Teres A 58 183
2 SELANGOR MBSA Seksyen 25 Teres A1 63 162
3 SELANGOR PETALING Seksyen 7 Flat D 26 98
4 SELANGOR MPKj Taman Cheras Jaya 14 93
5 SELANGOR MPSJ Taman Puchong Permai 32 91
6 SELANGOR MPSJ Taman Puchong Indah 18 89
7 SELANGOR MPS Bandar Tasik Puteri AZ2 29 86
8 SELANGOR MPSJ Putera Height 21 86
9 SELANGOR MPK Taman Bayu Perdana Zon 3 11 82
10 SELANGOR MPK Bandar Armada Putra Zon 1 11 80
11 SELANGOR SABAK BERNAM Site B Sekincan 13 80
12 SELANGOR MPSJ Taman Serdang Jaya 18 78
13 SELANGOR MPSJ Taman Kinara 17 78
14 SELANGOR KLANG Jalan Hassan, Kg Sg Udang 28 74
15 SELANGOR MPK Pandamaran Zon 1 17 71
16 SELANGOR MPSJ Taman Pinggiran USJ 11 70
17 SELANGOR SEPANG Rista Villa Putra Perdana 8 69
18 SELANGOR PETALING Seksyen 7 Teres A 17 68
19 SELANGOR HULU LANGAT Seksyen 3 Bandar Teknologi 12 67
20 SELANGOR MBPJ Apt Harmoni PJU 10 15 66
21 SELANGOR MPK Bandar Sultan Sulaiman zon 6 9 64
22 SELANGOR HULU LANGAT Taman Pelangi Semenyih 13 63
23 SELANGOR HULU LANGAT Seksyen 1 Bandar Teknologi 31 63
24 SELANGOR GOMBAK Kompleks Penjara Sg Buloh 16 62
25 SELANGOR PETALING Seksyen 7 Flat C 11 62
26 SELANGOR MBSA Flat C Seksyen 24 9 57
27 SELANGOR MBSA Seksyen 17 Teres A 22 57
28 SELANGOR MPKj Seksyen 4 Bandar Sri Putra 8 56
29 SELANGOR MBSA Kg. Melayu Subang (Jln
Cengal)
5 54
30 SELANGOR HULU LANGAT Taman Harmoni Kajang 13 54
7
Bil
Negeri
Daerah/Zon/PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tempoh
Wabak
Berlaku
(Hari)
31 SELANGOR MPS Bandar Tasik Puteri AZ1 17 53
32 SELANGOR MBSA Seksyen 17 Teres B 5 52
33 SELANGOR MPK Bandar Bukit Tinggi Zon 1 8 52
34 SELANGOR MPK Bendahara zon 2 5 52
35 SELANGOR MPSJ Taman Universiti Indah 5 49
36 SELANGOR KLANG Lot 1080 Jalan Sg Udang 8 49
37 SELANGOR HULU LANGAT Taman Semenyih Indah 7 49
38 SELANGOR MPK Taman Bukit Cemerlang 8 48
39 SELANGOR MBSA Seksyen 28 Teres A 5 47
40 SELANGOR MPK Taman Klang Utama Zon 5 5 47
41 SELANGOR HULU LANGAT Seksyen 5 Bdr Tsk Kesuma 9 47
42 SELANGOR MBSA Seks U3 Subang Perdana 1 7 46
43 SELANGOR KUALA LANGAT Taman Sri Putra 2 13 46
44 SELANGOR MPK Taman Sentosa Zon 4 9 44
45 SELANGOR MPK Zon 12 Bandar Botanik 9 44
46 SELANGOR HULU LANGAT Bt 10 Cheras 5 44
47 SELANGOR HULU SELANGOR Taman Seri, Batang Kali 9 41
48 SELANGOR MPK Bandar Sultan Sulaiman Zon 7 10 40
49 SELANGOR HULU LANGAT Taman Sri Jelok 5 38
50 SELANGOR MPK Pelabuhan Klang Zon 4 5 37
51 SELANGOR HULU LANGAT Seksyen 3 Bandar Sri Putra 12 36
52 SELANGOR HUL ULANGAT Kg Sentosa Semenyih 7 35
53 SELANGOR MPKj Taman Berjaya Baru 8 34
54 SELANGOR MBSA Seksyen U5 (Subang Murni) 4 33
55 SELANGOR KUALA
SELANGOR
Bandar Baru Kuala Selangor 8 33
56 SELANGOR MPK Taman Sentosa Zon 5 5 31
57 SELANGOR KUALA
SELANGOR
Pekan Pasir Penambang 13 30
58 JOHOR PBT Tmn Kenanga, Mukim Tebrau. 27 52
59 JOHOR PBT Tmn Desa Jaya Jln Permatang 6 38
60 WPKL KEPONG Tmn Sri Segambut 8 50
61 WPKL SETAPAK Air Panas J (Qrts Guru) 10 34
62 WPKL SETAPAK PPR Jelatik 13 53
63 WPKL SETAPAK Desa Tun Hussin Onn 15 32
8
Lampiran D
SENARAI “HOT SPOT” BARU BAGI MINGGU 18 (03-09 Mei 2009)
Bil
Negeri
Daerah/Zon/PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tamat
Pada
1 WPKL SETAPAK Air Panas J (Qrts Guru) 10 12.05.09
2 WPKL SETAPAK Desa Tun Hussin Onn 15 15.05.09
3 JOHOR PBT Tmn Desa Jaya Jln
Permatang
6 11.05.09
4 SELANGOR HULU LANGAT Seksyen 3 Bandar Sri Putra 12 29.05.09
5 SELANGOR HULU LANGAT Kg Sentosa Semenyih 7 19.05.09
6 SELANGOR MPKj Taman Berjaya Baru 8 02.06.09
7 SELANGOR MBSA Seksyen U5 (Subang Murni) 4 24.05.09
8 SELANGOR KUALA
SELANGOR
Bandar Baru Kuala Selangor 8 27.05.09
9 SELANGOR MPK Taman Sentosa Zon 5 5 25.05.09
10 SELANGOR KUALA
SELANGOR
Pekan Pasir Penambang 13 31.05.09
9
Lampiran E
SENARAI LOKALITI BEBAS “HOT SPOT” BAGI MINGGU 18 (03-09 Mei 2009)
Bil
Negeri
Daerah/Zon/PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tempoh
Wabak
Berlaku
(Hari)
1 SELANGOR GOMBAK Kg Laksamana 50 147
2 SELANGOR GOMBAK Bandar Baru Selayang F2 73 118
3 SELANGOR MPK Taman Palm Grove 22 90
4 SELANGOR MPK Taman Sentosa Zon 11 11 74
5 SELANGOR MPK Taman Sentosa Zon 3 9 73
6 SELANGOR GOMBAK Kg Indah Settlement 9 70
7 SELANGOR MPK Bandar Armada Putra Zon 3 19 66
8 SELANGOR GOMBAK Taman Samudera Timur 12 62
9 SELANGOR MPKj Zon 1 Seksyen 8 BB Bangi 5 57
10 SELANGOR MPSJ Tmn Puchong Prima 17 56
11 SELANGOR MPKj Taman Sri Kenari 6 55
12 SELANGOR MBSA Zon 1 Kg Baru Sg Buloh 8 52
13 SELANGOR MPKj Zon 6 Taman Bukit Mewah 5 49

Khamis, 21 Mei 2009

SEKADAR RENUNGAN PAGI JUMAAT.

Pada 21/05/2009 saya telah di jemput untuk menghadiri seminar anjuran Pemadam Negeri Johor di Persada Johor International Convention Centre dimana penceramah undangan ialah Pakar Motivasi Y.Bhg. Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Tajuk yang dibincangkan ialah Revolusi Dalam Memerangi Dadah. Diturunkan beberapa panduan yang telah disampaikan untuk tujuan kita kongsi bersama:-

- Pasang niat dan berdoa untuk jadi yang terbaik dan aset kepada seluruh Alam.
- Berlapang dada dan Bersihkan hati.
- Bertindak dan berubah sekarang.

- " Dunia ini tidak sempurna tanpa anda"
- Ilmu itu cahaya, ia tidak akan turun di hati yang gelap.
- orang yang hatinya kotor, tidak mungkin menjadi orang yang terbilang.

Oleh itu marilah kita bersama-sama bergerak kehadapan dalam membantu usaha-usaha pihak kerajaan di dalam memerangi dadah ini. Setiap orang daripada kita ada peranan mesing-masing. Ayuh !!!!!!!!!!

Selasa, 19 Mei 2009

APA ORANG KATA.

DAKWAAN PEMBUNUHAN DEMOKRASI DI PERAK.

Saya salah seorang yang mengikuti perkembangan politik di Perak. Terus terang saya rasa meluat dengan telatah ahli-ahli politik yang tak habis-habis untuk merebut kuasa.

Di dalam perkembangan terbaru menurut berita yang tersiar iaitu penahanan dua wakil rakyat berhubung bantahan terhadap kerajaan Barisan Nasional ( BN ) di Perak.

Disini saya suka nak memberikan komen iaitu siapa sebenarnya yang membunuh Demokrasi. Jika kita mengikuti perkembangan yang telah berlaku pihak yang menjadi pembunuh sebenarnya ialah Pakatan rakyat sendiri. Oleh itu kita janganlah terpengaroh dengan dakyah pihak pembangkang yang sengaja hendak menutup kelemahan sendiri.

Dua wakil rakyat antara yang ditahan polis

KUALA LUMPUR: Polis malam ini menahan sebelas orang termasuk dua wakil rakyat pembangkang kerana menyertai demonstrasi menyalakan lilin dipercayai sebagai bantahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak.
Mereka ditahan ketika menyertai nyalaan lilin di Seputeh pada pukul 8.20 malam tadi.
Difahamkan dua wakil rakyat itu ialah anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee.
Nyalaan lilin itu diadakan di luar pejabat anggota Parlimen DAP, Teresa Kok dan disertai berpuluhpuluh mereka yang memakai bajuT hitam.
Menurut penganjur, nyalaan lilin itu sebagai menandakan apa yang mereka dakwa "pembunuhan demokrasi di Perak".
Sementara itu Ketua Polis Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan penahanan sebelas orang termasuk wakil rakyat berkenaan.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai identiti sebenar dua wakil rakyat dan tarikh mereka akan dibebaskan. BERNAMA

Khamis, 14 Mei 2009

SELAMAT HARU GURU 16 MEI 2009.

Selamat hari guru 16 mei 2009.
‘’Guru Pembina Negara bangsa’’

Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Selasa, 12 Mei 2009

SITUASI TERKINI DENGGI DAN CHIKUNGUNYA

1
KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
SITUASI SEMASA
DEMAM DENGGI DAN CHIKUNGUNYA DI MALAYSIA
Bagi Minggu ke 17 Tahun 2009 (26 April – 02 Mei 2009)
Sejumlah 870 kes demam denggi dengan dua kematian telah
dilaporkan ke Kementerian Kesihatan pada minggu 17 tahun 2009,
peningkatan sebanyak 23 kes (3%) berbanding dengan jumlah kes
pada minggu sebelumnya iaitu 847 kes. Terdapat 5 buah negeri yang
menunjukkan peningkatan kes pada minggu ini iaitu negeri Sabah 7
kes (44%), Negeri Sembilan 4 kes (21%), Perak 9 kes (18%), Selangor
60 kes (15%) manakala negeri Sarawak 1 kes (4%). Jumlah terkumpul
kes pada tahun 2009 ialah 18,401 dengan 43 kematian berbanding
13,026 kes dengan 33 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2008.
Lampiran A yang disertakan menunjukkan kes-kes yang dilaporkan
mengikut negeri.
Sehingga 02 Mei 2009 terdapat 66 lokaliti ‘hot spot’ yang
dilaporkan, di mana 65 (98%) lokaliti adalah daripada Negeri Selangor
dan 1 (2%) lokaliti di Negeri Johor. Pada minggu ini terdapat 21 lokaliti
‘hot spot’ telah bebas denggi manakala terdapat 8 lokaliti ‘hot spot’ baru
yang semuanya dari negeri Selangor. Rujukan lokaliti ‘hot spot’, ‘hot
spot’ baru dan bebas ‘hot spot’ seperti di lampiran C,D dan E.
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel :603-88832545
Faks :603-88895542
E-mail :ismailmerican@moh.gov.my
2
Aktiviti promosi kesihatan telah dipertingkatkan pada tahun ini,
sehingga 2 Mei 2009, sejumlah 879 gotong-royong telah dilaksanakan di
seluruh negara dengan kehadiran 48,285 penduduk berbanding dengan
330 gotong-royong dengan 26,346 kehadiran dalam tempoh yang sama
pada tahun 2008. Pada minggu ini sahaja 49 (72%) aktiviti gotong-royong
telah dijalankan daripada 68 sasaran yang ditetapkan. Di samping itu
aktiviti hebahan awam juga diperhebatkan dengan 123,529 hebahan awam
telah dilaksanakan berbanding 49,137 pada tahun 2008.
Pemeriksaan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan & Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh 26 April sehingga 2 Mei 2009,
menunjukkan sebanyak 1,150 premis menunjukkan positif pembiakan
nyamuk Aedes. Pemeriksaan pada minggu ini masih lagi mencatatkan
69% premis positif pembiakan Aedes adalah rumah kediaman atau kedai
dan diikuti dengan tanah/ lot kosong sebanyak 11%. Tindakan
penguatkuasaan ke atas pemilik premis yang didapati membiak Aedes dan
menyimpan takungan berpotensi bagi pembiakan Aedes di premis telah
dijalankan, di mana sejumlah 394 kompaun bernilai RM67,200.00 dan 259
notis arahan pembersihan telah dikeluarkan di seluruh negara.
Bagi penyakit Chikungunya, sejumlah 71 kes telah dilaporkan
diseluruh negara pada minggu Epid ke 17, menurun sebanyak 60 (46%)
kes berbanding minggu sebelumnya iaitu 131 kes. Tiga negeri telah
menunjukkan peningkatan kes pada minggu ini iaitu Kelantan 200% (10
kes), Perak 21% (3 kes) dan Terengganu 2 kes. Jumlah terkumpul kes
Chikungunya sehingga 2 Mei 2009 adalah 1,513 kes dan tiada kematian
3
dilaporkan. Bilangan kes yang dilaporkan mengikut negeri adalah seperti
dalam lampiran B.
Oleh kerana kes demam denggi telah menunjukkan trend
peningkatan pada minggu ini, masyarakat diingatkan agar sentiasa
mengamalkan langkah pencegahan iaitu dengan memastikan tiada
pembiakan nyamuk Aedes di rumah mereka. Luangkan masa 10 minit
untuk mengesan dan menghapuskan tempat atau bekas pembiakan
nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah kediaman sekurang-kurangnya
seminggu sekali. Sekiranya ada di kalangan mereka mengalami demam,
dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital terdekat.
Pengesanan dan rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa dan
mencegah penderitaan akibat demam denggi. Untuk pertanyaan lanjut
mengenai demam denggi dan Chikungunya sila dapatkan maklumat
berkaitan dari kemudahan kesihatan berhampiran atau laman web
Kementerian Kesihatan di http://www.moh.gov.my.
TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 04 Mei 2009
4
Lampiran A
KES DENGGI DILAPORKAN PADA MINGGU 17/2009
(26 April – 2 Mei 2009)
Nota:
( ) Kematian
Bil
Negeri
Jumlah Kes
Jumlah
Kes
Sehingga
Minggu 17/
2009
Jumlah
Kes
Sehingga
Minggu 17/
2008
Minggu 17/09
(26 April - 2 Mei)
Minggu 16/09
(19 – 25 April)
1. Perlis 9 11 73 47
2. Kedah 10 12 368 400
3. P. Pinang 69 94 1048 557
4. Perak 58 49 1512 1394 (1)
5. Selangor 455 (2) 395 (1) 9778 (30) 5097 (14)
6. WPKL & Putrajaya 75 76 1598 (5) 1565 (3)
7. N. Sembilan 23 19 356 (4) 386
8. Melaka 11 13 236 198
9. Johor 59 78 1038 (2) 952
10. Pahang 10 11 347 (1) 472
11. Terengganu 26 26 449 616 (2)
12. Kelantan 17 22 535 453 (5)
13. Sarawak 25 24 666 478
14. Sabah 23 16 379 (1) 388 (2)
15. WP Labuan 0 1 18 23
Jumlah 870
(2) 847 (1)
18,401 (43)
13,026 (33)
5
Lampiran B
JUMLAH KES CHIKUNGUNYA YANG
DILAPORKAN PADA MINGGU 15 DAN 14 BAGI TAHUN 2009
Bil Negeri
Bilangan Kes Jumlah
Terkumpul
Minggu 1-
15 Tahun
2009
Jumlah
Kes bagi
tahun 2008
Minggu 15
(12-18 April
2009)
Minggu 14
(5-11 April
2009)
1 Perlis 1 1 16 3
2 Kedah 1 2 34 181
3 P. Pinang 4 5 60 6
4 Perak 5 9 259 590
5 Selangor 13 9 283 353
6 WPKL & Putrajaya 3 0 68 27
7 N. Sembilan 0 1 28 176
8 Melaka 0 0 0 606
9 Johor 8 4 119 1,846
10 Pahang 2 0 57 341
11 Terengganu 2 0 35 4
12 Kelantan 6 8 283 135
13 Sarawak 0 0 1 3
14 Sabah 0 0 0 0
15 WP Labuan 0 0 0 0
MALAYSIA 45 39 1,243 4,271
Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
04 Mei 2009
6
Lampiran C
SENARAI LOKALITI “HOT SPOT” SEHINGGA 18 APRIL 2009
Bil
Negeri
Daerah/Zon/PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tempoh
Wabak
Berlaku
(Hari)
1 SELANGOR PETALING Seksyen 18 Teres A 56 162
2 SELANGOR MBSA Seksyen 25 Teres A1 62 141
3 SELANGOR GOMBAK Kg Laksamana 50 133
4 SELANGOR MPSJ Bandar Puchong Jaya 55 114
5 SELANGOR GOMBAK Bandar Baru Selayang F2 73 104
6 SELANGOR MBSA Seksyen 7 Teres D 37 94
7 SELANGOR GOMBAK Bandar Baru Selayang F1 19 84
8 SELANGOR PETALING Seksyen 17C 16 81
9 SELANGOR PETALING Seksyen 7 Flat D 26 77
10 SELANGOR MPK Taman Palm Grove 22 76
11 SELANGOR MPKj Taman Cheras Jaya 14 72
12 SELANGOR SABAK BERNAM Taman Berkat Sg Besar 12 71
13 SELANGOR MPSJ Taman Puchong Permai 29 70
14 SELANGOR PETALING Seksyen 24 A 11 70
15 SELANGOR MPSJ Taman Puchong Indah 17 68
16 SELANGOR MPK Pandamaran Jaya Zon 1 11 68
17 SELANGOR MPK Taman Eng Ann Zon 6 12 67
18 SELANGOR MPS Bandar Tasik Puteri AZ2 27 65
19 SELANGOR MPSJ Putera Height 18 65
20 SELANGOR MPKj Seks 7 Bandar Tasik
Kesuma
12 65
21 SELANGOR MPK Jalan Batu 3 Lama 7 64
22 SELANGOR MPSJ Lestari Putera 7 63
23 SELANGOR MPK Taman Bayu Perdana Zon 3 11 61
24 SELANGOR MPK Taman Kim Chuan 7 60
25 SELANGOR MPK Taman Sentosa Zon 11 11 60
26 SELANGOR MPK Bandar Armada Putra Zon 1 11 59
27 SELANGOR MPK Taman Sentosa Zon 3 9 59
28 SELANGOR SABAK BERNAM Site B Sekincan 12 59
29 SELANGOR MPSJ Taman Serdang Jaya 16 57
30 SELANGOR MPSJ Taman Kinara 13 57
31 SELANGOR MPAJ Taman Kosas (Zon B) 8 57
32 SELANGOR MPKj Taman Semenyih Indah 5 56
33 SELANGOR GOMBAK Taman Sri Gombak Z4 9 56
34 SELANGOR GOMBAK Kg Indah Settlement 9 56
7
Bil
Negeri
Daerah/Zon/PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tempoh
Wabak
Berlaku
(Hari)
35 SELANGOR MPKj Appt Baiduri, Bdr Tsk
Kesuma
12 55
36 SELANGOR MBSA Seksyen 7 Apt. Baiduri 14 54
37 SELANGOR MPSJ Tmn Perindustrian Puchong 8 53
38 SELANGOR KLANG Jalan Hassan, Kg Sg Udang 26 53
39 SELANGOR MPKj Taman Putera Kajang 6 52
40 SELANGOR MPK Bandar Armada Putra Zon 3 19 52
41 SELANGOR MPK Taman Sri Andalas Zon 4 9 51
42 SELANGOR SABAK BERNAM Jalan Radin Sekinchan 8 51
43 SELANGOR MPK Pandamaran Zon 1 14 50
44 SELANGOR MPK Bandar Bukit Tinggi Zon 10 4 50
45 SELANGOR MPSJ Taman Pinggiran USJ 9 49
46 SELANGOR MBSA Seksyen 20 Teres 7 49
47 SELANGOR MPAJ AU 1 Taman Keramat (Zon A) 4 49
48 SELANGOR MPK Jalan Meru Zon 3 5 49
49 SELANGOR HULU LANGAT Seksyen 1 Bandar Rinching 10 49
50 SELANGOR MPSJ USJ 11 7 48
51 SELANGOR GOMBSK Taman Samudera Timur 12 48
52 SELANGOR SEPANG Rista Villa Putra Perdana 5 48
53 SELANGOR MBSA Seksyen U2 Apt. Ilham 11 46
54 SELANGOR MPKj Taman Tun Perak 8 46
55 SELANGOR MBPJ Apt Harmoni PJU 10 9 45
56 SELANGOR MPKj Zon 1 Taman Impian Ehsan 7 45
57 SELANGOR GOMBAK Selayang Baru K2 5 44
58 SELANGOR PETALING Seksyen 7 Teres A 22 44
59 SELANGOR PETALING Seksyen 7 Teres B 12 44
60 SELANGOR MPKj Zon 1 Seksyen 8 BB Bangi 5 43
61 SELANGOR MPK Bandar Sultan Sulaiman zon 6 7 43
62 SELANGOR GOMBAK Taman Ehsan 6 43
63 SELANGOR MPSJ Taman Puchong Prima 16 42
64 SELANGOR MBPJ Flat Desa Mentari PJS 6 5 42
65 SELANGOR MPK Kg Raja Uda 12 42
66 SELANGOR HULU LANGAT Taman Pelangi Semenyih 10 42
67 SELANGOR MBPJ Mentari Court PJS 8 8 41
68 SELANGOR MPKj Taman Sri Kenari 6 41
69 SELANGOR GOMBAK Kompleks Penjara Sg Buloh 13 41
70 SELANGOR PETALING Seksyen 7 Flat C 10 41
71 SELANGOR MBSA Zon 1 Kg Baru Sg Buloh 8 38
72 SELANGOR MPAJ Taman Rasmi Jaya ( Zon A ) 8 38
73 SELANGOR KLANG Bt 6 Jalan Meru 6 37
74 SELANGOR GOMBAK Kg Melayu Sg Buloh 7 36
75 SELANGOR MPKj Seksyen 4 Bandar Sri Putra 6 35
8
Bil
Negeri
Daerah/Zon/PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tempoh
Wabak
Berlaku
(Hari)
76 SELANGOR MPKj Zon 6 Taman Bukit Mewah 5 35
77 SELANGOR MPKj Seksyen 1 Bandar Teknologi 12 34
78 SELANGOR MBSA Kg. Melayu Sbg (Jln Cengal) 6 33
79 SELANGOR MPS Bandar Tasik Puteri AZ1 7 32
80 SELANGOR MBSA Seksyen 17 Teres B 5 31
81 SELANGOR MPK Bandar Bukit Tinggi Zon 1 7 31
82 SELANGOR MPK Bendahara zon 2 4 31
83 WPKL SETAPAK PPR Jelatik 5 31
84 JOHOR JOHOR BAHRU Tmn Kenanga 10 31
85 SARAWAK KUCHING Kpg Sg Bedil Besar 13 48
9
Lampiran D
SENARAI “HOT SPOT” BARU BAGI MINGGU 15
(12 - 18 APRIL 2009)
Bil
Negeri
Daerah/Zon/
PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tamat
Pada
1 SELANGOR MPSJ
Tmn Perindustrian
Puchong
8 22/04/09
2 SELANGOR MPKj
Zon 1 Seksyen 8 BB
Bangi
5 07/05/09
3 SELANGOR GOMBAK
Kg Melayu Sg Buloh
7 08/05/09
4 SELANGOR MPKj
Seksyen 4 Bandar Sri
Putra
6 12/05/09
5 SELANGOR MPKj
Zon 6 Taman Bukit
Mewah
5 02/05/09
6 SELANGOR MPKj
Seksyen 1 Bandar
Teknologi
12 06/05/09
7 SELANGOR MBSA
Kg. Melayu Sbg (Jln
Cengal)
6 05/05/09
8 SELANGOR MPS Bandar Tasik Puteri AZ1 7 04/05/09
9 SELANGOR MBSA Seksyen 17 Teres B 5 14/05/09
10 SELANGOR MPK Bandar Bukit Tinggi Zon 1 7 08/05/09
11 SELANGOR MPK Bendahara zon 2 4 04/05/09
12 WPKL SETAPAK PPR Jelatik 5 10/05/09
13 JOHOR JOHOR BAHRU Tmn Kenanga 10 11/05/09
10
Lampiran E
SENARAI LOKALITI BEBAS “HOT SPOT” BAGI MINGGU 15
(12 – 18 APRIL 2009)
Bil
Negeri
Daerah/Zon/
PBT
Lokaliti
Jumlah
Kes
Tempoh
Wabak
Berlaku
(Hari)
1 SELANGOR MPSJ Taman Puchong Perdana 60 140
2 SELANGOR MBSA Seksyen 6 Flat 28 125
3 SELANGOR PETALING Seksyen 18 Teres B 34 124
4 SELANGOR MBSA Seksyen 27 Teres C 57 117
5 SELANGOR MPK Taman Cempakasari Zon 2 9 82
6 SELANGOR HULU
SELANGOR
Apt. Teratai, Bukit Beruntung 21 81
7 SELANGOR GOMBAK Kg Nakhoda Kiri 11 73
8 SELANGOR GOMBAK Kg Bendahara 16 71
9 SELANGOR MPKj Seksyen 2, BB Bangi 6 60
10 SELANGOR MPSJ Batu 13 7 55
11 SELANGOR MBPJ Gugusan Semarak Seksyen 4
PJU 5
16 54
12 SELANGOR MPAJ Taman Dagang Jaya (Zon A) 13 54
13 SELANGOR KLANG Taman Sri Putra 4 54
14 SELANGOR MBSA Seksyen 24 Teres B 4 53
15 SELANGOR GOMBAK Kg Wira Damai 8 52
16 SELANGOR MPSJ Taman Serdang Perdana 14 50
17 SELANGOR MPSJ Taman Bukit Serdang 11 50
18 SELANGOR MBSA Seksyen 10 (Eps 2) 7 47
19 SELANGOR GOMBAK Puteri Laksmana 7 47
20 SELANGOR MBSA Seksyen U12 3 46
21 SELANGOR MPK Taman Meru 4 4 46
22 SELANGOR GOMBAK Taman Selasih Fasa 1 4 46
23 SELANGOR MPS Bukit Rawang jaya 7 45
24 SELANGOR MPKj Taman Jasmin 5 45
11

KEPRIHATINAN UMNO BAHAGIAN JOHOR BAHRU.


Pihak kerajaan Negeri Johor yang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman (Timbalan Pengarah Makro dan Penswastaan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor,) serta Encik Fadhly Suffian bin Laili (Penolong Setiausaha Cawangan Perumahan Negeri Johor) dan UMNO Bahagian Johor Bahru di bawah kepimpinan YB Dato’ Shahrir bin Abdul Samad serta AJK telah mengadakan taklimat berkaitan dengan perpindahan penduduk kampung setinggan yang terlibat didalam projek EDL di kawasan majidee baru pada 10 hb Mei di Hotel Mutiara Johor Bahru.

Seramai 2,932 keluarga dari perkampungan setinggan Desa Melayu, Desa Makmur, Desa Jaya, Kampung Dato' Hajah Hasnah Ahmad, Kampung Tengah, Kampung Belantik, Kampung Tok Siak dan Kampung Bakar Batu perlu ditempatkan semula berikutan pembinaan projek Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (Johor Bahru Eastern Dispersal Link - JB EDL) bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di bandaraya Johor Bahru.

Lebuhraya sepanjang 8.1 km yang dibina oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) dengan Tebrau Teguh Berhad (anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Negeri Johor) akan menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Iskandar dengan Lebuhraya Utara-Selatan di Pandan yang dijangka siap pada tahun 2012.
Apa yang menarik disini ialah dari segi kemudahan untuk keselesaan penduduk yang terlibat sentiasa didalam perhatian UMNO Bahagian Johor Bahru. Segala aspek yang melibatkan keselesaan penduduk di ambil perhatian samada dari segi keluasan binaan hingga ke bentuk rumah yang bakal dibina tidak lupa juga kemudahan-kemudahan awam yang lain turut diambil perhatian yang serius.

Disi saya ingin mengambil peluang untuk berpesan kepada penduduk yang terlibat berikanlah kerjasama yang baik dan keyakinan yang penuh kepada pihak bahagian untuk bersama-sama dalam menguruskan hal ini. Penduduk hendaklah bersatu padu dan janganlah terpedaya dengan segala macam berita yang tak sedap didengar. Ingatlah jangan jadi bak kata orang tua-tua pisang berbuah dua kali seperti pembangunan Taman Larkin Perdana.

Ahad, 10 Mei 2009

ULANG TAHUN UMNO YANG KE-63

UMNO Cawangan Kg Melayu Dewata mengucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke -63 pada hari ini. Semuga parti terus berjuang demi Agama, bangsa dan Negara.

SELAMAT HARI IBU.

Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua kaum ibu diseluruh dunia yang jatuh pada 10 hb Mei setiap tahun.

Sesungguhnya pengorbanan kaum ibu adalah salah satu contoh terbaik didalam kehidupan kita seharian. Oleh itu sekali lagi "selamat menyambut hari ibu" .

Jumaat, 8 Mei 2009

JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG

Apabila kita hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara tidak boleh lari daripada sikap ambil tahu apa yang sedang berlaku disekeliling kita.

Sedar atau tak sedar atau sengaja tak mau sedar kita adalah salah satu komponen dalam masyarakat. Sikap jangan jaga tepi kain orang janganlah di tinggalkan semua, kena juga ambil sikap jaga tepi kain orang memandangkan banyak berlaku kepincangan dalam masyarakat terutama melibatkan jenayah ragut dan mat rempit.

Kenapa insiden ini berlaku ditengah-tengah masyarakat kita ialah kerana sikap jangan jaga tepi kain orang tu mesih tebal, cuba kita jaga sikit tepi kain orang dengan ambil tahu sikit aktiviti anak-anak muda jiran kita tetapi ingat tepi kain kita juga kena jaga dengan rapi terlebih dahulu.

Khamis, 7 Mei 2009

PERLANTIKAN AHLI MAJLIS MBJB 2009-2010.

Umno Cawangan Kampung Melayu Dewata mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Majlis MBJB yang baru dilantik dan telah mengangkat sumpah jawatan. Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya ikhlas melaksanakan sesuatu kerja atau membuat kebajikan membantu rakyat dan tidak hanya berfikir untuk kepentingan individu sahaja. Semua ahli majlis PBT BN memainkan peranan besar dalam memantapkan lagi sesuatu parti supaya semua rakyat yakin dengan pentadbiran yang digerakkan oleh kerajaan.Mereka perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat sebaik mungkin kerana setiap tugasan itu merupakan kepercayaan yang dipertaruhkan oleh masyarakat untuk mereka. Kerana kepercayaan rakyatlah kita masih lagi kekal mentadbir kerajaan walaupun kita hilang beberapa kerusi di dewan Undangan Negeri dan suara dua pertiga di Dewan Rakyat. Jadi jangan mempersia-siakan kepercayaan itu. Selamat menjalankan tugas.

PENUBUHAN JMB LARKIN PERDANA 3, JOHOR BAHRU.

Pada 28hb Februari 2009 yang lepas, atas usaha gigih semua peringkat kepimpinan yang ada di Taman Larkin Perdana 3 bersama dengan Pesuruhjaya bangunan MBJB dan Pemaju telah terbentuk dengan rasminya Badan Pengurusan Bersama Larkin Perdana 3 sejajar dengan kehendak Akta Bangunan dan harta bersama ( Penyelenggaraan dan Pengurusan ) 2007 { Akta 663 } .
Dengan terbentuknya badan ini apa yang diharapkan semua aspek pengurusan harta bersama dapat ditingkatkan dalam kawasan ini. Antara bidang tugas badan ini ialah:-
1. Mengumpulkan Dana bagi tujuan pengurusan. Dana adalah dari kutipan pemilik petak iaitu unit kediaman sebanyak RM30.00 dan unit kedai RM40.00 sebulan.
2. Mengurus dan menyenggara harta bersama supaya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna.
3. Menginsurankan bangunan terhadap kebakaran dan lain-lain risiko.
4. Mematuhi arahan pihak berkuasa mengenai kacau ganggu dan pembaikan keatas harta bersama.
5. Menyedia dan menyenggara suatu daftar pembeli bagi bangunan yang di uruskan.
6. Menyimpan satu rekod undang-undang kecil dan sesalinan di majukan kepada Pesuruhjaya Bangunan.
7. Mengemaskini apa-apa perubahan dalam daftar strata.
8. Menyenggara apa-apa lekapan dan lengkapan ( termasuk Lif ) supaya sentiasa dalam keadaan baik.
9. Menyenggara, membaiki dan memperbaharui pembentungan. paip, dawai, kabel dan saluran yang terdapat di atas lot berkenaan ( jika perlu).
10. Membuka dan menyenggara Kumpulan Wang Penjelas ( Sinking Fund ). selain KWPB.
11. Melakukan apa-apa perkara lain yang perlu bagi memastikan penyenggaraan dan pengurusan bangunan sempurna.

Rabu, 6 Mei 2009

LATAR BELAKANG KAMPUNG.















Rumah Pangsa Taman Larkin Perdana















Surau An Nur Taman Larkin Perdana

Rasa tidak kena sekiranya latar belakang kampung / taman tidak di catatkan disini sebagai bahan rujukan dan juga untuk pengetahuan generasi yang baru . Asal kampung adalah sebuah penempatan setinggan di Bandaraya Johor Bahru. Dalam proses pembangunan semula atau hasrat kerajaan Johor untuk sasaran sifar setinggan maka kampung kami adalah yang terawal didalam usahanya.

Usaha telah di lakukan pada tahun 1994 dengan projek pengswastaan di mana syarikat Ban Jaya Sdn Bhd telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakanya. Peringkat awal berjalan dengan baik dalam semua aspek termasuk agihan rumah kepada yang layak juga telah diteliti agar tidak ada seorang pun yang tercicir.

Malangnya kegawatan ekonomi pada tahun 1997/ 1998 , maka berlakulah keadaan yang diluar kawalan. Ekoran daripada itu banyaklah kemudahan awam dan prasarana untuk kemudahan awam terpaksa di korbankan oleh pihak pemaju dengan alasan kegawatan ekonomi tetapi pihak pemaju terus nampak bergaya dalam segala tindakannya.

Atas daya usaha pihak cawangan dengan bantuan UMNO Bahagian Johor Bahru di bawah kepimpinan YB Dato' Shahrir bin Abdul Samad maka hari ini kita telah nampak sedikit demi sedikit kepincangan ini dapat di atasi dengan bantuan kerajaan negeri sebagai contoh siapnya pembinaan sebuah Surau yang diberi nama Surau An Nur Taman Larkin Perdana dan juga menggerakkan semula penyelenggaraan kawasan sekitar kediaman/bangunan. Kami masih lagi memperjuangkan untuk pembaikan bumbung, cat semula bangunan dan membaik pulih kerosakan-kerosakan kecil yang tidak dilaksanakan oleh pihak pemaju. apa yang kami harapkan penduduk akan mendapat faedah dan kami bolehlah tinggal dalam suasana yang harmoni dan hidup didalam kejiranan yang utuh.