Khamis, 16 Julai 2009

RENUNGAN

“Barangsiapa yang meniti suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan untuknya jalan menuju Syurga”. (Hadith Riwayat Muslim)

Dengki dan irihati biarlah pada tempatnya


RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”. Riwayat Hadith al-Bukhari Huraian
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jumaat, 3 Julai 2009

BERAPAKAH UKUR LILIT BUMI?

Berapakah ukur lilit planet bumi yang kita duduki sekarang?

Untuk pengetahuan semua, orang pertama yang berjaya mengira lilitan bumi ialah Eratosthenes (276-195 Sebelum Masihi). Beliau ialah seorang ahli matematik Yunani dan cendekiawan yang menguruskan Perpustakaan Agong di Iskandariah.

Begini cara pengiraan beliau yang menakjubkan itu: Mulanya Eratosthenes meneliti sebuah perigi yang dalam di Cyrene ( sekarang di panggil Aswan ), selatan Mesir. Dalam setahun, Cuma sekali saja perigi itu diterangi sepenuhnya oleh cahaya matahari pada waktu tengah hari.

Eratosthenes tahu, perkara itu hanya berlaku apabila matahari betul-betul berada diatas perigi tersebut.Beliau juga tahu, pada hari ia berlaku di Cyrene, matahari tidak berada betul-betul di atas bandar Iskandariah kerana pada waktu yang sama di Iskandariah, objek-objek bergaris tegak menunjukkan bayang-bayangnya.

Jadi pada masa perigi di Cyrene itu diterangi sepenuhnya oleh cahaya matahari, Eratosthenes mengukur bayang-bayang tiang di Iskandariah. Dengan menggunakan pengetahuan beliau dalam bidang geografi dan pengetahuan tentang jarak antara Iskandariah dan Cyrene, beliau menganggarkan bahawa lilit bumi ialah 250,000 stadion. Satu stadion ialah ukuran panjang yang biasa digunakan pada zaman kuno.

Bagi mengetahui adakah anggaran Eratosthenes itu tepat, pangukur professional di upah untuk berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain sambil mengira langkah mereka. Apabila di tukar kepada pengiraan moden, anggaran kiraan Eratosthenes itu ( stadion ) menjadi lebih kurang 40,000 kilometer- satu angka yang sangat hampir dengan ukur lilit bumi sebenar di Khatulistiwa: yang kita tahu sekarang ialah 39,842 kilometer.
Sumber Mastika.