Isnin, 22 Jun 2009

PROGRAM LAWATAN DATUK BANDAR MBJB KE TERMINAL LARKIN

Pada 19 hb Jun 2009 satu lawatan YB Datuk Bandar MBJB ke Pasar Awam dan Terminal Larkin. Lawatan adalah ekoran rintihan para peniaga yang terdapat di situ. Antara rintihan yang diajukan ialah Bayaran letak kereta yang tinggi. kekurangan pelanggan di gerai makan tingkat 2. susun atur barangan penjual yang tidak kemas dan lain-lain berkenaan dengan pengurusan.

Lawatan ke gerai basah.


Ahli rombongan berehat sebentar menghilangkan penat.



Sedang mendengar rintihan peniaga.

Bergambar sementara menunggu ketibaan YB Datuk Bandar

Mengiringi YB Datuk Bandar ke pejabat pengurusan.

Didalam bilik mesyuarat mendengar taklimat oleh pengurusan

Ahad, 31 Mei 2009

TAHNIAH KEPADA PARA PENGUNDI PENANTI.

Ucapan tahniah ini patut diucapkan kepada para pengundi Penanti bukannya kepada PR kerana telah berjaya membuat protes yang jelas kepada pakatan pembangkang. Mereka juga berjaya memberikan isyarat dimana mereka tidak mudah di permainkan dengan politik yang kotor iaitu matlamat tidak menghalalkan cara. Ini jelas daripada keputusan pilihanraya kecil Penanti walaupun kemenangan berpihak kepada PKR tetapi peratus yang keluar mengundi tak sampai separuh ( 46.1% ) sahaja.

Persolannya kemana pergi pengundi yang lain-lain kalau dibangdingkan dengan peratusan pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka merosot dengan ketara, daripada 12,657 orang atau 82.08 peratus pada Mac 2008 kepada hanya 7,100 atau 46.15 peratus kali ini. Ini jelas yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap. PR juga tidak boleh mendabik dada yang mereka telah mendapat sokongan yang besar di Penanti dengan mengambil kira jumlah undi yang diperolehi oleh calun-calun bebas iaitu 942.

Menang atau kalah itu bukan persoalan tetapi yang harus dilihat ialah peratusan yang keluar mengundi untuk dikaji sokongan masyarakat terhadap semua pihak samada di sebelah PKR mahupun BN. Saya yakin jika pilihanraya kecil terpaksa diadakan sekali lagi dengan faktor yang serupa, semua pihak sudah boleh menduga keputusannya, dan yang penting amalan demokrasi janganlah di salah guna untuk medan mencari pengaruh dan kuasa yang melulu. Perlu di ingat kuasa penentu yang utama adalah rakyat yang mengundi. Syabas kepada para pengundi Penanti.

Jumaat, 29 Mei 2009

INFO

Info sekadar kita kongsi bersama.
Jika dihimpunkan kesemua orang, minyak dan gas di seluruh planet bumi ini, ia hanya mampu untuk mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
Matahari berputar sepantas 225 kilometer seminit tetapi ia mangambil masa selama 230 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan orbitnya di dalam galaksi.
Setiap bintang akan selesai mengelilingi galaksi Bima Sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih daripada itu.

Khamis, 28 Mei 2009

SEMBANG JUMAAT

UCAPKANLAH!!!
Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar!!

Apabila kita berzikir, mengulangi kalimat-kalimat memuji Allah seperti Subhanallah, Alhamdulilah dan Allahuakbar secara automatic beberapa kawasan otak yang terlibat semakin aktif.

Keadaan ini disebabkan berlakunya aliran bioelektrik di kawasan saraf otak terlibat.apabila kalimat-kalimat zikir ini disebut berulang kali aktif saraf ini menjadi bertambah aktif sekaligus menambah tenaga bioelektrik.

Lama-kelamaan sekumpulan 14 juta saraf yang membentuk otak kita saling mempengaruhi sekumpulan 16 juta saraf tubuh supaya turut aktif dan saling berinteraksi.

Pada masa yang sama, semasa berzikir otak kita menjadi aktif secara keseluruhan disebabkan semua aktiviti zikir yang kita lakukan tadi natijah daripada aliran interaksi bioelektrik yang tidak terbatas ini.

Justeru otak mereka yang selalu berzikir terdorong memahami perkara baru.

Mampu melihat dari sudut perspektif berbeza semakin kreatif dan kritis.Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati kita untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal membuktikan otak mampu bertindak balas apabila diulang-ulangi perkataan yang sama.

Dalam satu ujian imbasan mengukur kadar aktiviti otak manusia di Universiti Washington, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan tersebut dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan kerja mereka, imbasan di beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan perningkatan aktiviti saraf, termasuk dibahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada sukarelawan, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, memuji-muji nama Allah, terbuktikan meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Penemuan menakjubkan ini dimuatkan dalam majalah Scientific American pada tahun 1993.Tatkala, saintis barat menemui keajaiban ini, kita umat islam telah lama mengamalkannya dan mendapat manfaatnya.

Sedihnya, masih ramai umat islam yang masih memandang rendah dan mengabaikan kepentingan berzikir sebaliknya suka menyanyi dan berhibur.

Benarlah firman Allah yang bermaksud:

“ Maka ingatlah kepada aku, supaya aku pula ingat kepadamu.”
( Surah Al-Baqarah ayat 152)

JANGAN BENARKAN CHIN PENG BALIK.

Saya salah seorang generasi kedua selepas era komunis di negara kita. Disini saya menyokong penuh pendirian Perdana Menteri tidak membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) pulang ke Malaysia kerana tidak sanggup melihat orang yang telah melakukan terlalu banyak kekejaman dan menimbulkan masalah kepada rakyat pada masa lampau.
Selain anggota pasukan keselamatan yang terlalu banyak menanggung kesusahan rakyat jelata juga pada masa itu tidak terlepas daripada ancaman dan keganasan PKM ini, terlalu banyak nyawa yang terkorban. Pada saya tiada apa-apa sumbangan daripada kegiatan komunis kerana ia banyak menyebabkan kehilangan nyawa selain ideologi perjuangannya yang tidak dapat diterima rakyat.
Pendapat yang mengatakan atas alasan kemanusiaan tidak boleh diterima langsung kalau kita lihat daripada aspek yang lebih luas.

Selasa, 26 Mei 2009

RENUNGAN

kepada saudara-saudaraku orang-orang islam di seluruh negara amatilah nasihat ini dengan baik agar tindakkan kita tidak menjejaskan akidah dan juga kita semua tidak alpa kerana terlalu asyik mengejar keseronokan dunia yang sekejap.
MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau yang kini berada di Lampeter, United Kingdom melalui kiriman emelnya kepada mStar Online berkata, walaupun tindakan mogok lapar itu dikatakan untuk tujuan yang baik, ia tetap ditolak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 'mogok lapar' yang diadakan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak selama 72 jam bermula semalam yang didakwa mereka bertujuan untuk menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan hak mengundi dikembalikan kepada rakyat.
Mengulas lanjut mengenai hukum bagi seorang Muslim yang menyertai mogok lapar, Dr Mohd Asri berkata:
"Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat. Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat.
"Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibubapa kuffar Quraish bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun itu adalah kebodohan kaum Quraish.
"Para Nabi a.s. dan pengikut mereka telah menentang berbagai sistem dan kezaliman, tiada seorang pun di kalangan mereka yang melancarkan mogok lapar. Allah tidak pernah mensyariatkan hal itu sama sekali.
"Mungkin Gandhi pernah menjadi contoh dalam hal itu. Tetapi tidak para pejuang Islam. Jika ada pun seseorang berpuasa dengan cara yang diajar oleh Allah dan RasulNya. Bukan untuk membantah sesiapa, tetapi mendekatkan diri kepada Allah.
"Itupun dilarang ‘wisal’ dalam puasa, maksudnya berterusan tanpa buka setelah masuk waktu berbuka. Malanglah, jika umat Islam terpengaruh dengan pendekatan yang bukan Islamic, bukan memperkenalkan kematangan pemikiran Islam.
"Jika seseorang mati dalam mogok lapar, ia termasuk dalam hukum membunuh diri. Ini seperti dalam hadis al-Bukhari, dalam sebuah peperangan, ada seorang pejuang telah berjuang dengan hebat sehingga dia dipuji oleh para sahabat.
"Nabi memberitahu mereka dia ahli nereka. Mereka hairan. Namun apabila diperiksa didapati dia membunuh diri kerana tidak sabar atas kecederaan yang dialaminya. Dengan itu, bagi saya jika ‘pejuang mogok lapar’ mati dia termasuk dalam hadis ini.
"Orang politik mungkin menghalalkan apa sahaja untuk politik mereka, tetapi para pejuang prinsip hendaklah berpegang kepada prinsip tanpa mengira siapa pun,” katanya.

Isnin, 25 Mei 2009

CAKAP BESAR PAKATAN PEMBANGKANG.

Kita telah baca dalam berita yang mengatakan dalam PRU ke 13 nanti PR akan tawan 3 lagi negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Pada pendapat saya janganlah nak berangan -angan untuk merampas kawasan orang lain apa yang penting jagalah dulu kawasan sendiri. Banyak juga rungutan dari kawasan yang diwakili oleh YB Datuk Dr Hassan Ali mengenai prestasi kerja beliau, Begitu juga prestasi kerja sebagai anggota EXCO kerajaan negeri Selangor.
Jika pilihanraya kecil yang telah berlaku diambil kira sebagai pengukur kejayaan PR adalah silap kerana suasana dan faktor sekeliling masa pilihanraya kecil jauh berbeza daripada pilihanraya umum nanti. Disini rakyat akan menilai banyak perkara-perkara yang lebih pokok daripada keadaan sekarang. Pertama apakah PR telah berjaya dalam membawa perubahan yang mereka harapkan selama ini, nampaknya lebih buruk daripada keadaan sebelumnya. Kedua adakah PR telah memenohi janji-janji piliharayanya.
Berbanding dengan BN telah terbukti dan teruji sebagai sebuah kerajaan sentiasa mengambil berat masalah rakyat.
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.