Isnin, 29 Jun 2009

SEKADAR RENUNGAN

Kelebihan madu Lebah.

Allah S.W.T berfirman:

“ Dan Tuhan Mu mewahyukan pada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang di buat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam-macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhan mu yang telah memudahkan( bagi mu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan ) bagi orang-orang yang memikirkan ( berfikir).”
( al- nahl: 68-69).

Kandungan madu:

1. Gula: Gula buah-buahan - 40%
Gula anggur - 34%
Gula Tebu - 4%
Gula gandum - kadar sedikit
Daxtrose - 1.5%.

2. Ragi: Terdapat beberapa jenis ragi antaranya:
a)- Ragi amylose antara fungsinya ialah mengubah kanji menjadi zat gula.
b)- Ragi invertase fungsinya ialah mengubah zat gula tebu menjadi zat gula Anggur dan zat gula buah-buahan.
c)- Ragi catalyst fungsinya ialah mencerna air oxigen.
d)- Ragi phosphatis fungsinya ialah mengembangkan phosphate.
e)- Ragi broxides fungsinya ialah melakukan oxide ( persenyawaan dengan zat asam).
f)- Ragi juga berfunsi sebagai memproses zat gula anggur menjadi zat asam ragi.

3. Vitamin: Madu juga mempunyai bermacam-macam vitamin seperti A,D,E,K,B1,B2,B3,B4,B5,B6,C,H, Zat asam Ful, Zat garam galin, asas Nikotin dan asam folec.
Madu lebah juga banyak mengandungi zat galian seperti sodium,potassium,kalsium,megnesium,chloride,phosporus, zat besi, belerang,silikon dan iodine.

4. Warna- Warna Madu. Tidak berwarna, kuning muda, merah muda, hitam puteh dan coklat.

MESYUARAT AGONG CAWANGAN 2009.









Pada 26 Jun 2009 jam 9.30 malam UMNO Cawangan kg Melayu Dewata telah berjaya mengadakan mesyuarat agong tahunannya bagi tahun 2009. Mesyuarat diadakan di balai aktiviti taman Larkin Perdana 3, Johor Bahru. Mesyuarat berjalan mengikut peraturan dan penuh dalam suasana harmoni dan muhibbah.

Khamis, 25 Jun 2009

DIMANAKAH KANAK-KANAK INI?



Nadia Natasha
8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun.

Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661.
atau hubungi balai polis terdekat dengan segera jika terlihat mereka.
Terima Kasih...

UCAPAN TERIMA KASIH

Pada 23 Hb Jun 2009 jam 10.00 pagi, kami telah dihubungi oleh Penolong Pengarah UPEN (Pengswastaan ) En Shahrin ada lawatan teknikal bagi mengenal pasti kerosakan yang perlu di baiki bagi rumah kos rendah Larkin Perdana.Antara Jabatan yang terlibat ialah UPEN, JKR, MBJB dan Pejabat Daerah Johor Bahru yang diwakili oleh Penghulu Mukim Bandar En Abdul Wahid bin Abu Talib.

Saya bagi pihak ahli Cawangan khususnya dan penduduk amnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dalam urusan ini terutamanya Ahli Parlimen Johor Bahru yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru YB Dato' Haji Shahrir bin Haji Abdul Samad serta ADUN Tanjung Puteri YB Tuan Haji Adam bin Sumiru serta semua AJK UMNO Bahagian yang telah bersama-sama membantu di mana faedahnya dapat dinikmati oleh rakyat setempat.









Isnin, 22 Jun 2009

PROGRAM LAWATAN DATUK BANDAR MBJB KE TERMINAL LARKIN

Pada 19 hb Jun 2009 satu lawatan YB Datuk Bandar MBJB ke Pasar Awam dan Terminal Larkin. Lawatan adalah ekoran rintihan para peniaga yang terdapat di situ. Antara rintihan yang diajukan ialah Bayaran letak kereta yang tinggi. kekurangan pelanggan di gerai makan tingkat 2. susun atur barangan penjual yang tidak kemas dan lain-lain berkenaan dengan pengurusan.

Lawatan ke gerai basah.


Ahli rombongan berehat sebentar menghilangkan penat.



Sedang mendengar rintihan peniaga.

Bergambar sementara menunggu ketibaan YB Datuk Bandar

Mengiringi YB Datuk Bandar ke pejabat pengurusan.

Didalam bilik mesyuarat mendengar taklimat oleh pengurusan

Ahad, 31 Mei 2009

TAHNIAH KEPADA PARA PENGUNDI PENANTI.

Ucapan tahniah ini patut diucapkan kepada para pengundi Penanti bukannya kepada PR kerana telah berjaya membuat protes yang jelas kepada pakatan pembangkang. Mereka juga berjaya memberikan isyarat dimana mereka tidak mudah di permainkan dengan politik yang kotor iaitu matlamat tidak menghalalkan cara. Ini jelas daripada keputusan pilihanraya kecil Penanti walaupun kemenangan berpihak kepada PKR tetapi peratus yang keluar mengundi tak sampai separuh ( 46.1% ) sahaja.

Persolannya kemana pergi pengundi yang lain-lain kalau dibangdingkan dengan peratusan pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka merosot dengan ketara, daripada 12,657 orang atau 82.08 peratus pada Mac 2008 kepada hanya 7,100 atau 46.15 peratus kali ini. Ini jelas yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap. PR juga tidak boleh mendabik dada yang mereka telah mendapat sokongan yang besar di Penanti dengan mengambil kira jumlah undi yang diperolehi oleh calun-calun bebas iaitu 942.

Menang atau kalah itu bukan persoalan tetapi yang harus dilihat ialah peratusan yang keluar mengundi untuk dikaji sokongan masyarakat terhadap semua pihak samada di sebelah PKR mahupun BN. Saya yakin jika pilihanraya kecil terpaksa diadakan sekali lagi dengan faktor yang serupa, semua pihak sudah boleh menduga keputusannya, dan yang penting amalan demokrasi janganlah di salah guna untuk medan mencari pengaruh dan kuasa yang melulu. Perlu di ingat kuasa penentu yang utama adalah rakyat yang mengundi. Syabas kepada para pengundi Penanti.

Jumaat, 29 Mei 2009

INFO

Info sekadar kita kongsi bersama.
Jika dihimpunkan kesemua orang, minyak dan gas di seluruh planet bumi ini, ia hanya mampu untuk mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
Matahari berputar sepantas 225 kilometer seminit tetapi ia mangambil masa selama 230 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan orbitnya di dalam galaksi.
Setiap bintang akan selesai mengelilingi galaksi Bima Sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih daripada itu.