Isnin, 27 April 2009

Aktiviti

FORUM PERDANA MAULIDURRASUL S.A.W TAHUN 2009M/1430H.

Pada 24 & 25hb April lepas Cawangan dengan kerjasama AJK Surau An Nur Taman Larkin Perdana dan Ahli Jawatakuasa Penduduk Taman Larkin Perdana 3 ( LA21) MBJB telah mengadakan Forum Perdana MaulidurRasul 2009M / 1430 H.

Ahli Penal ialah:-

1. Ustaz Syahrin bin Md Jamaludin. ( Pengerusi ).
2. Dr Syarifah Hayati bin Syed Ismail ( Ahli Panel).
3. Ustaz Badli shah Alauddin ( Ahli Panel ).

Kehadiran dianggarkan seramai 500 orang.

Forum ini juga telah disiarkan secara langsung melalui siaran radio internet fuhyoofm dan difahamkan telah dilayari di seluruh negara pada masa forum berlangsung. Siaran ini juga boleh dilayari melalui laman www.fuhyoofm.com.

Ahli Panel telah mengupas tajuk yang diberikan iaitu " As Sunnah menjana perpaduan Ummah" dengan jayanya.

Kami sebagai penganjur mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan program tersebut. Kepada Ahli Panel terima kasih daun keladi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan