Selasa, 19 Mei 2009

APA ORANG KATA.

DAKWAAN PEMBUNUHAN DEMOKRASI DI PERAK.

Saya salah seorang yang mengikuti perkembangan politik di Perak. Terus terang saya rasa meluat dengan telatah ahli-ahli politik yang tak habis-habis untuk merebut kuasa.

Di dalam perkembangan terbaru menurut berita yang tersiar iaitu penahanan dua wakil rakyat berhubung bantahan terhadap kerajaan Barisan Nasional ( BN ) di Perak.

Disini saya suka nak memberikan komen iaitu siapa sebenarnya yang membunuh Demokrasi. Jika kita mengikuti perkembangan yang telah berlaku pihak yang menjadi pembunuh sebenarnya ialah Pakatan rakyat sendiri. Oleh itu kita janganlah terpengaroh dengan dakyah pihak pembangkang yang sengaja hendak menutup kelemahan sendiri.

Dua wakil rakyat antara yang ditahan polis

KUALA LUMPUR: Polis malam ini menahan sebelas orang termasuk dua wakil rakyat pembangkang kerana menyertai demonstrasi menyalakan lilin dipercayai sebagai bantahan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak.
Mereka ditahan ketika menyertai nyalaan lilin di Seputeh pada pukul 8.20 malam tadi.
Difahamkan dua wakil rakyat itu ialah anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Chin dan ADUN Teratai Jenice Lee.
Nyalaan lilin itu diadakan di luar pejabat anggota Parlimen DAP, Teresa Kok dan disertai berpuluhpuluh mereka yang memakai bajuT hitam.
Menurut penganjur, nyalaan lilin itu sebagai menandakan apa yang mereka dakwa "pembunuhan demokrasi di Perak".
Sementara itu Ketua Polis Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan penahanan sebelas orang termasuk wakil rakyat berkenaan.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai identiti sebenar dua wakil rakyat dan tarikh mereka akan dibebaskan. BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan