Ahad, 31 Mei 2009

TAHNIAH KEPADA PARA PENGUNDI PENANTI.

Ucapan tahniah ini patut diucapkan kepada para pengundi Penanti bukannya kepada PR kerana telah berjaya membuat protes yang jelas kepada pakatan pembangkang. Mereka juga berjaya memberikan isyarat dimana mereka tidak mudah di permainkan dengan politik yang kotor iaitu matlamat tidak menghalalkan cara. Ini jelas daripada keputusan pilihanraya kecil Penanti walaupun kemenangan berpihak kepada PKR tetapi peratus yang keluar mengundi tak sampai separuh ( 46.1% ) sahaja.

Persolannya kemana pergi pengundi yang lain-lain kalau dibangdingkan dengan peratusan pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka merosot dengan ketara, daripada 12,657 orang atau 82.08 peratus pada Mac 2008 kepada hanya 7,100 atau 46.15 peratus kali ini. Ini jelas yang keluar mengundi hari ini memang penyokong setia pembangkang, manakala penyokong BN dan pengundi atas pagar tidak keluar mengundi kerana mungkin rasa muak dengan pilihan raya yang terlalu kerap. PR juga tidak boleh mendabik dada yang mereka telah mendapat sokongan yang besar di Penanti dengan mengambil kira jumlah undi yang diperolehi oleh calun-calun bebas iaitu 942.

Menang atau kalah itu bukan persoalan tetapi yang harus dilihat ialah peratusan yang keluar mengundi untuk dikaji sokongan masyarakat terhadap semua pihak samada di sebelah PKR mahupun BN. Saya yakin jika pilihanraya kecil terpaksa diadakan sekali lagi dengan faktor yang serupa, semua pihak sudah boleh menduga keputusannya, dan yang penting amalan demokrasi janganlah di salah guna untuk medan mencari pengaruh dan kuasa yang melulu. Perlu di ingat kuasa penentu yang utama adalah rakyat yang mengundi. Syabas kepada para pengundi Penanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan