Ahad, 24 Mei 2009

APA ORANG KATA.

Krisis politik Perak sudah hampir kemuncaknya hanya tinggal proses rayuan di Mahkamah Persekutuan sahaja itu pun kalau pihak pembangkang membuat rayuan. Menurut berita yang tersebar rayuan tetap akan di buat tetapi dalam masa yang sama berbagai berita dan kecaman telah dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin di pihak pembangkang. Berita-berita ini tetap akan kedengaran bila tidaklah diketahui.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak sebagai mengecewakan.

Malah, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, keputusan tersebut memperlihatkan kepada rakyat bahawa badan kehakiman negara telah 'hancur' dan perlu diperbetulkan.
Katanya, apabila isu di Perak diserahkan kepada mahkamah untuk dibuat keputusan, penghakiman telah dibuat mengikut selera politik dan arahan.
"Saya melihat keputusan itu sebagai menghancurkan institusi penting negara kita iaitu badan kehakiman apabila demokrasi di negara ini sudah tidak lagi berkesan.
"Oleh itu, apabila ada masalah, kita perlu menyerahkannya kepada rakyat Perak. Saya tidak faham, apa kesalahan besar yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin," katanya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak bermoral dan bertamadun kerana menguasai Perak melalui cara tidak terhormat.

Beliau turut menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai 'Menteri Besar mahkamah' dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak.
"Kenapa pakatan pembangkang yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui undi, tetapi dirampas oleh UMNO dan BN secara melarikan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyokong mereka," katanya.

Saya turunkan disini beberapa kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang berkenaan krisis di Perak. Persoalannya kenapa bila keputusan kali ini yang tidak memihak kepada mereka baru cakap-cakap ini kita dengar, kenapa keputusan sebelum ini yang memihak kepada mereka nada berbentuk berbagai pujian di keluarkan.

Di sini saya menyerulah kepada semua pembaca dan rakyat Malaysia marilah kita sama-sama membuat penilaian tentang pendirian Pakatan Rakyat yang di gembar gemburkan dengan slogan “keadilan untuk semua dan ketelusan” kepada semua. Tidak mustahil bila berkuasa nanti lain pula nada yang dicanangkan. Kita sama-sama menilai dan berhati-hati dengan tektik mereka yang licik ini agar kita tidak terpengaruh dan terikut-ikut rentak putar alam ini.

Apa yang saya nampak macam zaman kita kecil-kecil dululah bila bermain getah kita dah tahu tidak boleh menang sengaja kita buat “ ngelat “. Bila sah kita kalah mulalah tuduh lawan kita main “ ngelat” dan bubarkan permainan tersebut. Bila menang kita lah yang paling baik dan paling bijak. Rupa-rupanya tektik permainan ini berulang pada hari ini tetapi didalam mencari pengaruh dan kuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan