Khamis, 21 Mei 2009

SEKADAR RENUNGAN PAGI JUMAAT.

Pada 21/05/2009 saya telah di jemput untuk menghadiri seminar anjuran Pemadam Negeri Johor di Persada Johor International Convention Centre dimana penceramah undangan ialah Pakar Motivasi Y.Bhg. Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Tajuk yang dibincangkan ialah Revolusi Dalam Memerangi Dadah. Diturunkan beberapa panduan yang telah disampaikan untuk tujuan kita kongsi bersama:-

- Pasang niat dan berdoa untuk jadi yang terbaik dan aset kepada seluruh Alam.
- Berlapang dada dan Bersihkan hati.
- Bertindak dan berubah sekarang.

- " Dunia ini tidak sempurna tanpa anda"
- Ilmu itu cahaya, ia tidak akan turun di hati yang gelap.
- orang yang hatinya kotor, tidak mungkin menjadi orang yang terbilang.

Oleh itu marilah kita bersama-sama bergerak kehadapan dalam membantu usaha-usaha pihak kerajaan di dalam memerangi dadah ini. Setiap orang daripada kita ada peranan mesing-masing. Ayuh !!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan