Khamis, 28 Mei 2009

SEMBANG JUMAAT

UCAPKANLAH!!!
Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar!!

Apabila kita berzikir, mengulangi kalimat-kalimat memuji Allah seperti Subhanallah, Alhamdulilah dan Allahuakbar secara automatic beberapa kawasan otak yang terlibat semakin aktif.

Keadaan ini disebabkan berlakunya aliran bioelektrik di kawasan saraf otak terlibat.apabila kalimat-kalimat zikir ini disebut berulang kali aktif saraf ini menjadi bertambah aktif sekaligus menambah tenaga bioelektrik.

Lama-kelamaan sekumpulan 14 juta saraf yang membentuk otak kita saling mempengaruhi sekumpulan 16 juta saraf tubuh supaya turut aktif dan saling berinteraksi.

Pada masa yang sama, semasa berzikir otak kita menjadi aktif secara keseluruhan disebabkan semua aktiviti zikir yang kita lakukan tadi natijah daripada aliran interaksi bioelektrik yang tidak terbatas ini.

Justeru otak mereka yang selalu berzikir terdorong memahami perkara baru.

Mampu melihat dari sudut perspektif berbeza semakin kreatif dan kritis.Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati kita untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal membuktikan otak mampu bertindak balas apabila diulang-ulangi perkataan yang sama.

Dalam satu ujian imbasan mengukur kadar aktiviti otak manusia di Universiti Washington, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan tersebut dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan kerja mereka, imbasan di beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan perningkatan aktiviti saraf, termasuk dibahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada sukarelawan, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, memuji-muji nama Allah, terbuktikan meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Penemuan menakjubkan ini dimuatkan dalam majalah Scientific American pada tahun 1993.Tatkala, saintis barat menemui keajaiban ini, kita umat islam telah lama mengamalkannya dan mendapat manfaatnya.

Sedihnya, masih ramai umat islam yang masih memandang rendah dan mengabaikan kepentingan berzikir sebaliknya suka menyanyi dan berhibur.

Benarlah firman Allah yang bermaksud:

“ Maka ingatlah kepada aku, supaya aku pula ingat kepadamu.”
( Surah Al-Baqarah ayat 152)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan